Teka - Teki

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Kalau adik bijak bistari,
Berapa jumlah ekor kucing yang ada?


Dalam sebuah bas ada 7 orang wanita. Setiap orang wanita membawa 7 buah beg. Dalam setiap beg ada 7 ekor kucing betina. Setiap ekor kucing betina ada 7 ekor anak kucing. Setiap ekor kucing ada 4 kaki. Jadi ada berapa kaki dalam bas tersebut?


Seorang pencinta haiwan memiliki beberapa ekor burung dan beberapa ekor kucing menjadikan jumlah keseluruhan haiwan belaannya 30 ekor. Jumlah kaki haiwan-haiwan tersebut adalah 74. Soalannya, berapa ekor burung yang dimiliki oleh orang itu?


Kucing munchkin = RM1000 sekor

Kucing siam = RM50 sekor
Dengan wang RM10000, sila beli 100 ekor kucing. Berapa ekor kucing munchkin, parsi dan siam yang bole dibeli dengan RM10000 tu?


Guru boleh menggunakan teka-teki tersebut kepada murid-murid yang mempunyai pengetahuan kira-kira. Dari teka-teki tersebut, guru akan dapat mencungkil kreativiti murid-murid dalam kemahiran berfikir. Guru hendaklah menerima apa saja jawapan, asalkan jawapan tersebut dapat diterima secara logik.  Murid-murid akan dapat membilang jumlah dalam operasi tambah. Teka teki dapat menarik minat murid-murid untuk ikut serta dalam membina beberapa rangkap ayat dalam teka-teki.
Penyelesaian masalah adalah satu teknik penting dalam matematik dan perlu diterapkan dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan satu kemahiran berfikir, yang membenarkan idea-idea terhasil secara sistematik dan logik. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid membuat keputusan, aktiviti-aktiviti yang bersesuaian amat digalakkan supaya kemahiran ini menjadi kukuh di dalam jiwa murid. Murid boleh menggunakan pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Ini penting kerana pengalaman, sikap, kepercayaan dan kesediaan belajar murid mempengaruhi strategi menyelesaikan masalah. Oleh itu pengalaman dan latar belakang murid boleh dijadikan tanda aras kepelbagaian persoalan yang dikemukakan. Pendidikan matematik mesti menyepadukan unsur-unsur itu supaya dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi pengetahuan dan sikap. Nilai-nilai moral dan unsurunsur seperti pemikiran saintifik, patriotisme dan pendidikan alam sekitar mesti digabungkan dalam proses pengajaran pembelajaran yang berstruktur dan sistematik.  Teka-teki memainkan peranan penting dalam merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid-murid.

Pengaplikasian Teori  Kecerdasan  Triakik  Manusia dengan unsur teka-teki dalam matematik
Sternberg (1988) mengemukakan satu teori kecerdasan yang dipanggil ‘Teori Kecerdasan Triakik Manusia’ yang terdiri daripada tiga subteori yang menjurus kepada mentarif dan mengukur kebolehan intelektual atau kecerdasan manusia. Tiga subteori ini ialah, subteori kontektual, subteori eksperential dan subteori komponential.
Aspek kontekstual merangkumi kecerdasan praktikal, bagaimana kecerdasan digunakan untuk menghadapi perubahan persekitaran dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dengan mudah.
Aspek eksperimen meliputi kreativiti, dapat menghasilkan idea baru dan menghubungkan kenyataan yang tidak berkaitan.
Aspek komponential merangkumi analisis maklumat untuk menyelesaikan masalah terdiri daripada perencanaan, pelaksanaan strategi dan perolehan pengetahuan.
Proses ditarifkan sebagai urutan peristiwa yang berperingkat dan pada setiap peringkat itu terdapat perubahan. Penyelesaian masalah dan membuat keputusan dianggap sebagai proses pemikiran kerana ia mengikut langkah-langkah tertentu. Semua pemikiran ditujukan kearah menyelesaikan masalah atau memutuskan sesuatu atau kedua-duanya sekali. Bila disebut mempertingkatkan proses pemikiran, bermaksud menajamkan kebolehan menyelesaikan masalah dan mem buat keputusan.
Apakah perbezaan diantara ‘proses’ pemikiran dan ‘kemahiran berfikir’? Secara umum pemikiran sebagai satu proses yang melibatkan pengolahan operasi-operasi mental tertentu yang bertindak dalam minda dengan tujuan menyelesaikan masalah dan/atau membuat keputusan. Operasi-operasi mental inilah dikatakan ‘kemahiran berfikir’ yang bertindak keatas maklumat yang diterima melalui deria-deria individu. Kemahiran berfikir ini terdiri daripada kemahiran makro dan kemahiran mikro.
Unsur teka-teki dapat mencungkil pemikiran kreatif murid serta murid dapat berfikir cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut. Masalah terdiri dari yang berstruktur dan tidak berstruktur. Contoh masalah yang berstruktur seperti teka-teki matematik. Bagi masalah sebegini, segala maklumat yang diperlukan  telah disediakan atau mudah diperoleh untuk menyelesaikannya. Akan tetapi dalam kehidupan seharian kita menghadapi pelbagai masalah sosial, politik, ekonomi, etika dan sebagainya yang kabur dan tidak berstruktur, iaitu tidak boleh diselesaikan mengikut langkah-langkah yang teratur. Bagi masalah berstruktur, proses penyelesaian mengikuti urutan langkah-langkah tertentu. Langkah-langkah penyelasaian masalah berstruktur seperti berikut mengenal pasti masalah, mendefinisikan masalah, mencari penyelesaian, bertindak dan menilai kejayaan tindakan.


No comments:

Post a Comment

 
Visit BrainyQuote for more Quotes