Lagu

Melodi: London bridge is falling down
Tajuk: Ra pu sa
Alat Bantu Mengajar: Blok unit, puluh dan ratus

Ratus puluh dan satu, ra-pu-sa, ra-pu-sa
Mari kita belajar, nilai tempat
Sepuluh satu ialah, sepuluh, sepuluh
Kumpul semua semula, nilai puluh
Sepuluh puluh ialah, seratus, seratus
Kumpul semua semula, nilai ratus
Bila menulis nombor, ingatkan, ingatkan
Ratus puluh dan satu, nilai tempat
Ratus puluh dan satu, ra-pu-sa, ra-pu-sa
Mari kita belajar, nilai tempat
Bila menulis nombor, ingatkan, ingatkan
Ratus puluh dan satu, nilai tempat

Melodi: Baa baa black sheep
Tajuk: Susun nombor

Susun nombor ikut arahan
Satu dua tiga, tertib menaik
Tiga dua satu, tertib menurun
Susun nombor mesti tepat tertibnya


                                                                Melodi: itsy bitsy
Tajuk: Sifir sembilan

9 x 1 jawapannya 
9 x 2 jawapannya 18
9 x 3 jawapannya 27
9 x 4 jawapannya 36
9 x 5 jawapannya 45
9 x 6 jawapannya 54
9 x 7 jawapannya 63
9 x 8 jawapannya 72
9 x 9 jawapannya 81
9 x 10 jawapannya 90
9 x 11 ialah 99
9 x 12 jawapannya 108


Penerapan unsur muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran memang memberi kesan yang positif. Melalui kaedah penerapan unsur muzik, murid akan lebih terdorong untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan muzik yang bersesuaian dengan suasana dan mood kelas amat penting bagi menghilangkan kebosanan dalam kalangan murid. Muzik terdiri dari susunan irama dan melodi yang boleh mendamaikan jiwa dan sesetengah muzik mampu menaikkan semangat pendengar. Muzik instrumental iaitu susunan melodi tanpa vokal yang lebih bersifat sentimental mampu untuk memberikan ketenangan kepada murid dan sesuai digunakan ketika sesi membaca.
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk membuat mata pelajaran Matematik seronok. Di antaranya ialah dengan membuat teka-teki, puisi dan lagu yang berunsurkan Matematik di dalamnya. Guru harus bijak mempelbagaikan aktiviti tersebut.
Guru perlu tahu terlebih dahulu peringkat murid-muridnya sebelum membuat beberapa aktiviti tersebut iaitu pengetahuan sedia ada dan peringkat pembelajaran murid-murid. Lagu Matematik sesuai diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya bagi kumpulan sederhana dan lemah. Terciptanya lagu matematik ini adalah bertujuan membantu murid menghafal, mengingati dan memahami segala yang berkaitan dengan Matematik.
Penggunaan lagu dalam kelas menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan cara yang lebih mudah, berkesan dan efektif. Murid-murid akan belajar Matematik dengan riang dan seronok. Mereka tidak berasa bosan kerana belajar sambil menyanyi. Ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat dan kesungguhan mereka mendalami mata pelajaran ini. Penggunaan lagu dapat mencungkil bakat semulajadi mereka. Murid akan berani memberi pendapat dan komen serta bersedia menerima pelbagai bentuk soalan. Penggunaan lagu juga boleh membentuk sikap dan peribadi murid berfikir secara kreatif dan inovatif. Mereka yakin dan berkebolehan membina soalan sama ada secara spontan atau bertulis berpandukan lagu yang dipelajari.

Pengaplikasian Teori Gagne dan Teori Howard Gardner dengan unsur lagu dalam matematik
Teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaranmurid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.
Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut beradadi alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. 
Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada rumit. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian.

Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks.
            Unsur lagu ini dapat menyeronokan proses pembelajaran murid serta mereka tidak bosan untuk menghafal sesuatu konsep matematik. Lagu dapat merangsang minda murid dapat mengaktifkan ingatan jangka panjang dan pendek.
Teori kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara yang lain. Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.
Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contohnya, kehebatan P.Ramlee dengan ciptaanya yang evergreen, Manan Ngah, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro, dan Kenny G.

No comments:

Post a Comment

 
Visit BrainyQuote for more Quotes