Puisi

Puisi dalam matematik

Tajuk puisi: Berapa banyaknya?
Berapa banyaknya saat dalam seminit?
Enam puluh, dan tidak ada lagi, di dalamnya.
Berapa banyaknya minit dalam satu jam?
Enam puluh, untuk kedua mata yang tajam.
Berapa banyaknya jam dalam satu hari?
Dua puluh empat jam dalam sehari untuk menanti.
Berapa banyaknya hari dalan satu minggu?
Tujuh, untuk menyanyi dan berlagu.

Guru boleh menggunakan puisi tersebut untuk mengajar tentang waktu kepada murid-murid. Puisi ini mengenalkan kepada murid-murid tentang masa seperti saat,minit, jam dan hari dalam seminggu. Kadang-kadang ada murid yang tidak sedar bahawa setengah minit itu ialah 30 saat dan begitu juga sebaliknya. Terdapat banyak soalan-soalan yang dapat dikemukakan oleh guru Matematik dari puisi tersebut. Dari aktiviti membaca puisi hingga ke kaedah perbincangan seperti ini, murid-murid juga tidak sedar bahawa mereka sedang belajar pada masa yang sama. Guru harus bijak menggunakan kaedah penyoalan, pastikan setiap soalan adalah untuk merangsang murid-murid untuk berfikir. Ini dapat merangsang minda murid tanpa disedari.
Di samping itu, dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong puisi perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan.

Tajuk puisi: Disember
Dua belas bulan dalam setahun yang ku tahu,
Di sinilah bermula dua belas bulan itu,
Januari, Febuari, Mac, April,
Mei, Jun, Julai, Ogos and banyak lagi….
- September, Oktober, November
dan bulan yang terbaik sekali adalah Disember.

Puisi ini dapat digunakan untuk membantu murid-murid dalam mengingati nama dan tempat letak yang betul bagi 12 bulan dalam setahun. Penggunaan ‘Disember’ adalah kerana kebanyakkan kanak-kanak menyukai bulan tersebut kerana cuti sekolah panjang. Tetapi ada setengahnya gemar pada bulan-bulan yang lain. Guru dapat membuat perbincangan dengan murid-murid dari puisi tersebut seperti bulan mereka dilahirkan, pengajaran cuaca atau musim seperti musim kemarau dan sebagainya.

Pengaplikasian Teori Konstruktivisme dengan unsur puisi dalam matematik
            Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu melalui pemikiran. Murid membina pengetahuan baru dengan menyesuaikan maklumat pengetahuan sedia ada dan membuat kaitan dengan persekitarannya.
Prinsip yang pertama, pembelajaran adalah satu proses yang aktif di mana pelajar menggunakan input deria dan membina makna daripadanya. Rumusan yang lebih tradisional idea ini melibatkan istilah pelajar yang aktif menekankan bahawa pelajar perlu melakukan sesuatu; di mana pembelajaran bukanlah penerimaan pasif pengetahuan, ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar..
            Kedua, manusia belajar cara belajar kerana mereka belajar, dimana pembelajaran terdiri membina makna dan membina sistem makna. Sebagai contoh, jika kita belajar mengenalpasti sela masa dalam jadual waktu dalam mata pelajaran matematik, kita akan belajar makna jadual dalam masa yang sama. Setiap makna kita membina membuatkan kita lebih berupaya untuk memberi makna bagi sensasi lain yang boleh dimuatkan dalam corak yang sama.
            Ciri paling penting pembelajaran konstruktivisme ialah murid-murid bertanggungjawab ke atas pembelajarannya.Guru-guru mesti sedar tentang corak mental pelajar yang membantu mereka mengerti dunia dan membuat andaian-andaian untuk menyokong pemikiran mereka. Dalam teori konstruktivisme, pembelajaran bukan merupakan satu proses penghafalan maklumat di mana jawapan betul diberikann oleh guru-guru.
            Justeru itu, pembelajaran mesti bermula dengan isu-isu yang berkait rapat dengan minat dan naluri ingin tahu murid-murid.Pemahaman sesuatu topic pembelajaran harus dibuat secara menyeluruh dan sebagai kaitan di antara bahagia-bahagian yang kecil.Jusyeru itu, pembelajaran berpusatkan kepada penguasaan konsep-konsep asas.Guru-guru juga harus mendorong proses pembelajaran murid-murid dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka yang sering mengadakan perbincangan kumpulan di kalangan murid-murid.
            Melalui pengajaran puisi, proses ini lebih berpusatkan murid. Puisi ini dapat difahami oleh murid tanpa disedari. Ini juga member peluang murid membina pengetahuan  baru dengan memahaminya melalui pengalaman yang dilaluinya . Ini juga menggalakkan murid bertanya dan berinteraksi dengan lebih kerap . Ini juga dapat menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid


No comments:

Post a Comment

 
Visit BrainyQuote for more Quotes