Sunday 22 September 2013

Pengenalan kepada rekreasi matematik

Pengenalan Kepada Rekreasi Matematik

Matematik rekreasi merupakan aktiviti manusia dalam era tamadun dengan menggunakan ilmu pengetahuan matematik untuk mereka pelbagai permainan yang bercorak aktiviti rekreasi.  Sejak tamadun kuno, manusia khasnya ahli matematik, telah mencipta pelbagai aktiviti permainan berdasarkan prinsip, hukum dan teorem matematik, sama ada bertujuan untuk hiburan mahupun untuk mencari hukum matematik yang baru.  Teorem Pythagorus ( ), Hukum Euler (V – E + F = 2) dan teori kemungkinan (nCr) adalah hasil daripada kajian ahli matematik yang berlandaskan kepada aktiviti permainan.
Rekreasi matematik adalah satu permainan matematik yang direka oleh guru untuk menimbulkan keseronokan pada murid. Terdapat pelbagai cara untuk membuatkan pelajaran matematik disukai dan diminati oleh murid. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan aktiviti permainan matematik memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa disedari aktiviti permainan matematik adalah berkait rapat dengan aktiviti matematik. Setiap aktiviti permainan mengandungi dua unsur iaitu alatan dan peraturan permainan.
Manakala aktiviti matematik pula merangkumi dua unsur utama iaitu simbol matematik dan prinsip matematik yang digunakan untuk menjalankan aktiviti seterusnya. Biasanya penglibatan diri secara langsung dalam proses permainan akan memberi peluang kepada individu tersebut untuk menganalisis dan menilai situasi permainan supaya dapat diaplikasikan dalam mengatasi cabaran yang dihadapi.Sebelum melaksanakan permainan ini, guru memainkan peranan yang penting dimana beliau perlu tahu terlebih dahulu peringkat murid-murid sebelum membuat beberapa aktiviti tersebut iaitu dari segi pengetahuan sedia ada dan peringkat pembelajaran murid-murid.
            Sebenarnya kebanyakan aktiviti permainan adalah saling berkait rapat dengan aktiviti matematik.  Di dalam aktiviti permainan, terdapat dua unsur yang utama iaitu sekumplan benda seperti buah catur, daun terup, dadu, congkak dan sebagainya, serta peraturan-peraturan permainan.  Di dalam aktiviti matematik, ia pula meliputi dua unsur utama, iaitu sekumpulan simbol matematik seperti nombor, titik, bentuk geometri dan sebagainya, serta hukum, teorem dan prinsip matematik yang digunakan untuk menjalankan operasinya.
Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, matematik rekreasi banyak digunakan dalam aktiviti pengayaan, kerja projek dan permainan serta aktiviti kumpulan.  Matematik rekreasi memainkan peranan yang penting dalam melatih murid berfikir secara logik dan sistematik, disamping dapat menimbulkan minat murid untuk belajar matematik, dapat memperkukuhkan lagi  konsep dan kemahiran matematik serta dapat meningkatkan daya pemikiran murid ke tahap yang lebih tinggi.
Kesimpulannya terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terpulanglah pada guru tersebut bagaimana untuk melaksanakannnya dalam melahirkan insan yang berkreativiti dan berinovasi  sejajar dengan tranformasi pendidikan yang dilaungkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran kita iaitu Tan Sri Muhyiddin bin Yasin.




1 comment:

  1. Best 10 Casinos in Michigan - Mapyro
    Find the 10 best casinos in 광명 출장마사지 Michigan. a large list of casinos that have games from all over 세종특별자치 출장안마 the world. and the 화성 출장샵 best games from 부천 출장샵 any casino near 포항 출장마사지 you.

    ReplyDelete

 
Visit BrainyQuote for more Quotes