Dua
tiga kucing berlari,
Mana
nak sama si kucing belang,
Kalau
adik bijak bistari,
Berapa
jumlah ekor kucing yang ada?
Dalam
sebuah bas ada 7 orang wanita. Setiap orang wanita membawa 7 buah beg. Dalam
setiap beg ada 7 ekor kucing betina. Setiap ekor kucing betina ada 7 ekor anak
kucing. Setiap ekor kucing ada 4 kaki. Jadi ada berapa kaki dalam bas tersebut?
Seorang
pencinta haiwan memiliki beberapa ekor burung dan beberapa ekor kucing
menjadikan jumlah keseluruhan haiwan belaannya 30 ekor. Jumlah kaki
haiwan-haiwan tersebut adalah 74. Soalannya, berapa ekor burung yang dimiliki
oleh orang itu?
Kucing
siam = RM50 sekor
Dengan
wang RM10000, sila beli 100 ekor kucing. Berapa ekor kucing munchkin, parsi dan
siam yang bole dibeli dengan RM10000 tu?
Guru
boleh menggunakan teka-teki tersebut kepada murid-murid yang mempunyai
pengetahuan kira-kira. Dari teka-teki tersebut, guru akan dapat mencungkil
kreativiti murid-murid dalam kemahiran berfikir. Guru hendaklah menerima apa
saja jawapan, asalkan jawapan tersebut dapat diterima secara logik. Murid-murid
akan dapat membilang jumlah dalam operasi tambah. Teka teki dapat menarik minat
murid-murid untuk ikut serta dalam membina beberapa rangkap ayat dalam teka-teki.
Penyelesaian
masalah adalah satu teknik penting dalam matematik dan perlu diterapkan dalam
semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan satu kemahiran
berfikir, yang membenarkan idea-idea terhasil secara sistematik dan logik.
Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid membuat keputusan, aktiviti-aktiviti
yang bersesuaian amat digalakkan supaya kemahiran ini menjadi kukuh di dalam
jiwa murid. Murid boleh menggunakan pelbagai strategi untuk menyelesaikan
masalah. Ini penting kerana pengalaman, sikap, kepercayaan dan kesediaan
belajar murid mempengaruhi strategi menyelesaikan masalah. Oleh itu pengalaman
dan latar belakang murid boleh dijadikan tanda aras kepelbagaian persoalan yang
dikemukakan. Pendidikan matematik mesti menyepadukan unsur-unsur itu supaya
dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi pengetahuan dan sikap.
Nilai-nilai moral dan unsurunsur seperti pemikiran saintifik, patriotisme dan
pendidikan alam sekitar mesti digabungkan dalam proses pengajaran pembelajaran
yang berstruktur dan sistematik. Teka-teki memainkan peranan penting dalam
merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid-murid.
Pengaplikasian Teori Kecerdasan
Triakik Manusia dengan unsur teka-teki
dalam matematik
Sternberg (1988) mengemukakan satu teori
kecerdasan yang dipanggil ‘Teori Kecerdasan Triakik Manusia’ yang terdiri
daripada tiga subteori yang menjurus kepada mentarif dan mengukur kebolehan
intelektual atau kecerdasan manusia. Tiga subteori ini ialah, subteori
kontektual, subteori eksperential dan subteori komponential.
Aspek
kontekstual merangkumi kecerdasan praktikal, bagaimana kecerdasan digunakan
untuk menghadapi perubahan persekitaran dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran baru dengan mudah.
Aspek
eksperimen meliputi kreativiti, dapat menghasilkan idea baru dan menghubungkan
kenyataan yang tidak berkaitan.
Aspek
komponential merangkumi analisis maklumat untuk menyelesaikan masalah terdiri
daripada perencanaan, pelaksanaan strategi dan perolehan pengetahuan.
Proses
ditarifkan sebagai urutan peristiwa yang berperingkat dan pada setiap peringkat
itu terdapat perubahan. Penyelesaian masalah dan membuat keputusan dianggap
sebagai proses pemikiran kerana ia mengikut langkah-langkah tertentu. Semua
pemikiran ditujukan kearah menyelesaikan masalah atau memutuskan sesuatu atau
kedua-duanya sekali. Bila disebut mempertingkatkan proses pemikiran, bermaksud
menajamkan kebolehan menyelesaikan masalah dan mem buat keputusan.
Apakah
perbezaan diantara ‘proses’ pemikiran dan ‘kemahiran berfikir’? Secara umum
pemikiran sebagai satu proses yang melibatkan pengolahan operasi-operasi mental
tertentu yang bertindak dalam minda dengan tujuan menyelesaikan masalah
dan/atau membuat keputusan. Operasi-operasi mental inilah dikatakan ‘kemahiran
berfikir’ yang bertindak keatas maklumat yang diterima melalui deria-deria
individu. Kemahiran berfikir ini terdiri daripada kemahiran makro dan kemahiran
mikro.
Unsur teka-teki dapat mencungkil
pemikiran kreatif murid serta murid dapat berfikir cara bagaimana menyelesaikan
masalah tersebut. Masalah terdiri dari yang
berstruktur dan tidak berstruktur. Contoh masalah yang berstruktur seperti teka-teki
matematik. Bagi masalah sebegini, segala maklumat yang diperlukan telah
disediakan atau mudah diperoleh untuk menyelesaikannya. Akan tetapi dalam
kehidupan seharian kita menghadapi pelbagai masalah sosial, politik, ekonomi,
etika dan sebagainya yang kabur dan tidak berstruktur, iaitu tidak boleh
diselesaikan mengikut langkah-langkah yang teratur. Bagi masalah berstruktur,
proses penyelesaian mengikuti urutan langkah-langkah tertentu. Langkah-langkah
penyelasaian masalah berstruktur seperti berikut mengenal pasti masalah,
mendefinisikan masalah, mencari penyelesaian, bertindak dan menilai kejayaan
tindakan.
No comments:
Post a Comment