Pengenalan Kepada Rekreasi Matematik
Matematik
rekreasi merupakan aktiviti manusia dalam era tamadun dengan menggunakan ilmu
pengetahuan matematik untuk mereka pelbagai permainan yang bercorak aktiviti
rekreasi. Sejak tamadun kuno, manusia
khasnya ahli matematik, telah mencipta pelbagai aktiviti permainan berdasarkan
prinsip, hukum dan teorem matematik, sama ada bertujuan untuk hiburan mahupun
untuk mencari hukum matematik yang baru.
Teorem Pythagorus (
), Hukum Euler (V – E + F = 2) dan teori
kemungkinan (nCr) adalah hasil daripada kajian ahli matematik yang berlandaskan
kepada aktiviti permainan.
Rekreasi
matematik adalah satu permainan matematik yang direka oleh guru untuk
menimbulkan keseronokan pada murid. Terdapat pelbagai cara untuk membuatkan
pelajaran matematik disukai dan diminati oleh murid. Sesungguhnya tidak dapat
dinafikan aktiviti permainan matematik memainkan peranan yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Tanpa disedari aktiviti permainan matematik adalah
berkait rapat dengan aktiviti matematik. Setiap aktiviti permainan mengandungi dua
unsur iaitu alatan dan peraturan permainan.
Manakala
aktiviti matematik pula merangkumi dua unsur utama iaitu simbol matematik dan
prinsip matematik yang digunakan untuk menjalankan aktiviti seterusnya.
Biasanya penglibatan diri secara langsung dalam proses permainan akan memberi
peluang kepada individu tersebut untuk menganalisis dan menilai situasi
permainan supaya dapat diaplikasikan dalam mengatasi cabaran yang dihadapi.Sebelum
melaksanakan permainan ini, guru memainkan peranan yang penting dimana beliau
perlu tahu terlebih dahulu peringkat murid-murid sebelum membuat beberapa
aktiviti tersebut iaitu dari segi pengetahuan sedia ada dan peringkat pembelajaran
murid-murid.
Sebenarnya kebanyakan aktiviti
permainan adalah saling berkait rapat dengan aktiviti matematik. Di dalam aktiviti permainan, terdapat dua
unsur yang utama iaitu sekumplan benda seperti buah catur, daun terup, dadu, congkak
dan sebagainya, serta peraturan-peraturan permainan. Di dalam aktiviti matematik, ia pula meliputi
dua unsur utama, iaitu sekumpulan simbol matematik seperti nombor, titik,
bentuk geometri dan sebagainya, serta hukum, teorem dan prinsip matematik yang
digunakan untuk menjalankan operasinya.
Di
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, matematik rekreasi banyak digunakan
dalam aktiviti pengayaan, kerja projek dan permainan serta aktiviti
kumpulan. Matematik rekreasi memainkan
peranan yang penting dalam melatih murid berfikir secara logik dan sistematik,
disamping dapat menimbulkan minat murid untuk belajar matematik, dapat
memperkukuhkan lagi konsep dan kemahiran
matematik serta dapat meningkatkan daya pemikiran murid ke tahap yang lebih
tinggi.
Kesimpulannya
terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Terpulanglah pada guru tersebut bagaimana untuk melaksanakannnya
dalam melahirkan insan yang berkreativiti dan berinovasi sejajar dengan tranformasi pendidikan yang
dilaungkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran kita iaitu Tan Sri Muhyiddin bin
Yasin.
Best 10 Casinos in Michigan - Mapyro
ReplyDeleteFind the 10 best casinos in 광명 출장마사지 Michigan. a large list of casinos that have games from all over 세종특별자치 출장안마 the world. and the 화성 출장샵 best games from 부천 출장샵 any casino near 포항 출장마사지 you.