Puisi dalam matematik
Tajuk puisi: Berapa banyaknya?
Berapa
banyaknya saat dalam seminit?
Enam
puluh, dan tidak ada lagi, di dalamnya.
Berapa
banyaknya minit dalam satu jam?
Enam
puluh, untuk kedua mata yang tajam.
Berapa
banyaknya jam dalam satu hari?
Dua
puluh empat jam dalam sehari untuk menanti.
Berapa
banyaknya hari dalan satu minggu?
Tujuh,
untuk menyanyi dan berlagu.
Guru
boleh menggunakan puisi tersebut untuk mengajar tentang waktu kepada
murid-murid. Puisi ini mengenalkan kepada murid-murid tentang masa seperti
saat,minit, jam dan hari dalam seminggu. Kadang-kadang ada murid yang tidak
sedar bahawa setengah minit itu ialah 30 saat dan begitu juga sebaliknya. Terdapat
banyak soalan-soalan yang dapat dikemukakan oleh guru Matematik dari puisi
tersebut. Dari aktiviti membaca puisi hingga ke kaedah perbincangan seperti
ini, murid-murid juga tidak sedar bahawa mereka sedang belajar pada masa yang
sama. Guru harus bijak menggunakan kaedah penyoalan, pastikan setiap soalan
adalah untuk merangsang murid-murid untuk berfikir. Ini dapat merangsang minda
murid tanpa disedari.
Di
samping itu, dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa
terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan
kecergasan linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan
hilang.Teori ini menyokong puisi perlu diberi peranan yang penting dalam
kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai
kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru
hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk
menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran
yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan
pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja
yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan.
Tajuk puisi: Disember
Dua belas bulan dalam setahun yang ku tahu,
Di sinilah bermula dua belas bulan itu,
Januari, Febuari, Mac, April,
Mei, Jun, Julai, Ogos and banyak lagi….
- September, Oktober, November
dan bulan yang terbaik sekali adalah Disember.
Puisi
ini dapat digunakan untuk membantu murid-murid dalam mengingati nama dan tempat
letak yang betul bagi 12 bulan dalam setahun. Penggunaan ‘Disember’ adalah
kerana kebanyakkan kanak-kanak menyukai bulan tersebut kerana cuti sekolah
panjang. Tetapi ada setengahnya gemar pada bulan-bulan yang lain. Guru dapat
membuat perbincangan dengan murid-murid dari puisi tersebut seperti bulan
mereka dilahirkan, pengajaran cuaca atau musim seperti musim kemarau dan
sebagainya.
Pengaplikasian Teori Konstruktivisme
dengan unsur puisi dalam matematik
Konstruktivisime
merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun
dalam minda manusia. Pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu melalui
pemikiran. Murid membina pengetahuan baru dengan menyesuaikan maklumat
pengetahuan sedia ada dan membuat kaitan dengan persekitarannya.
Prinsip
yang pertama, pembelajaran adalah satu proses yang aktif di mana pelajar
menggunakan input deria dan membina makna daripadanya. Rumusan yang lebih
tradisional idea ini melibatkan istilah pelajar yang aktif menekankan bahawa
pelajar perlu melakukan sesuatu; di mana pembelajaran bukanlah penerimaan pasif
pengetahuan, ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina
dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar..
Kedua, manusia
belajar cara belajar kerana mereka belajar, dimana pembelajaran terdiri membina
makna dan membina sistem makna. Sebagai contoh, jika kita belajar
mengenalpasti sela masa dalam jadual waktu dalam mata pelajaran matematik, kita
akan belajar makna jadual dalam masa yang sama. Setiap makna kita membina
membuatkan kita lebih berupaya untuk memberi makna bagi sensasi lain yang boleh
dimuatkan dalam corak yang sama.
Ciri paling penting pembelajaran
konstruktivisme ialah murid-murid bertanggungjawab ke atas
pembelajarannya.Guru-guru mesti sedar tentang corak mental pelajar yang
membantu mereka mengerti dunia dan membuat andaian-andaian untuk menyokong
pemikiran mereka. Dalam teori konstruktivisme, pembelajaran bukan merupakan
satu proses penghafalan maklumat di mana jawapan betul diberikann oleh
guru-guru.
Justeru itu, pembelajaran mesti
bermula dengan isu-isu yang berkait rapat dengan minat dan naluri ingin tahu
murid-murid.Pemahaman sesuatu topic pembelajaran harus dibuat secara menyeluruh
dan sebagai kaitan di antara bahagia-bahagian yang kecil.Jusyeru itu,
pembelajaran berpusatkan kepada penguasaan konsep-konsep asas.Guru-guru juga
harus mendorong proses pembelajaran murid-murid dengan mengemukakan
soalan-soalan terbuka yang sering mengadakan perbincangan kumpulan di kalangan
murid-murid.
Melalui
pengajaran puisi, proses ini lebih berpusatkan murid. Puisi ini dapat difahami
oleh murid tanpa disedari. Ini juga member peluang murid membina
pengetahuan baru dengan memahaminya melalui pengalaman yang
dilaluinya . Ini juga menggalakkan murid bertanya dan berinteraksi dengan lebih
kerap . Ini juga dapat menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
No comments:
Post a Comment